“Tahniah kerana Teguh Mempertahankan Iman” Tular Photo Pemandu e-rider Solat di Belakang Stesen Minyak

Lebih kurang dua tahun wabak Pandemik Covid-19 melanda negara kita. Namun sehingga ke hari ini tidak ada tanda tanda wabak ini akan berkurang, saban hari angka kes kematian akibat Covid-19 semakin tinggi.

Selain daripada Frontliner yang terdiri daripada anggota keselamatan dan anggota kesihatan, golongan yang bekerja sebagai e-rider atau penghantar makanan ini juga bertungkus lumus setiap hari bagi menghantar pesanan dari pelanggan.

Majoriti daripada mereka ini adalah anak-anak muda yang berbangsa Melayu dan beragama islam.

Disebabkan pekerjaan mereka yang terpaksa keluar ke setiap lokasi yang berbeza dan jauh setiap hari mereka ini menghadapi kesukaran untuk menunaikan solat, berikutan masjid dan surau ditutup berikutan arahan daripada kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan PKP.

Namun ada juga kita lihat gambar gambar yang tular di media sosial melihat ada golongan e-rider yang menunaikan solat di bahu bahu jalan dan juga di kawasan stesen minyak.

Gambar yang dikongsi oleh Mohd Daniel Effendy di media sosial miliknya mendapat perhatian dari warga maya. Gambar menunjukkan seorang penghantar makanan sedang solat di sebelah bangunan stesen minyak.

“Tadi singgah Shell Kelana Jaya nak isi minyak, ternampak brader ni sedang solat kat belakang Shell. Tahniah bang kerana teguh mempertahankan Iman, semoga dipermudahkan segala urusan” Mohd Daniel Effendy

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, serta Perbaharui Insuran dan Cukai kenderaan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: