Empat Anggota TUDM Terkorban Dalam Kejadian Tembakan

Sebuah Media Berita tempatan melaporkan empat anggota Tentera Udara Di Raja Malaysia TUDM telah terkorban sebentar tadi dalam kejadian tembakan.

Kejadian dilaporkan berlaku di Balai Pengawal Handau Skuadron 330 TUDM, di Samarahan Sarawak.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail mengesahkan perkara tersebut berlaku pada pukul 7.50 pagi tadi.

“Difahamkan kejadian itu berlaku ketika masa serah tugas. Salah seorang anggota TUDM dipercayai menembak tiga rakannya sebelum menembak diri sendiri,” Menurut beliau.

Menurut beliau lagi, dua orang mangsa yang ditembak meninggal serta merta ditempat kejadian. Manakala seorang mangsa lagi yang cedera parah sempat melarikan diri bagi mendapatkan rawatan di klinik tentera di dalam kem berkenaan.

Namun mangsa tersebut yang cedera di bahagian perut dan kritikal meninggal dunia di Pusat Jantung Kota Samarahan.

Pihak forensik daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak dan unit forensik daripada Hospital Sarawak telah tiba ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Sumber Berita Harian Online

Leave a Reply

%d bloggers like this: