Lagi Kes Bergaduh Sebab Tidak Pakai Pelitup Muka Masuk Ke Pasaraya

Shah Alam, satu pergaduhan dilaporkan berlaku antara seorang pelanggan sebuah pasaraya dengan pengawal keselamatan yang bertugas di situ.

Kejadian yang berlaku di sebuah pasaraya di Seksyen 36, Padang Jawa Shah Alam. Di dalam kejadian tersebut seorang wanita yang cuba masuk ke pasaraya tersebut tanpa memakai pelitup muka.

Insiden tersebut telah tular di laman sosial, apabila video yang berdurasi 1 minit 17 saat di perkarangan pasaraya tersebut telah dimuat naik ke media sosial.

Menurut seorang pekerja di pasaraya tersebut, wanita itu telah melanggar SOP dan telah cuba dihalang oleh pengawal keselamatan daripada memasuki pasaraya.

Wanita tersebut tiba tiba mengamuk dan melanggar pengawal keselamatan menggunakan troli. Akibatnya berlaku sedikit pergaduhan di antara mereka.

Kejadian tersebut bagaimanapun berjaya dileraikan oleh beberapa orang pekerja di pasaraya tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, setakat ini pihaknya belum menerima laporan mengenai kejadian itu.

Menurul beliau kejadian tersebut hanya berpunca daripada salah faham antara pengunjung pasaraya tersebut dengan pengawal keselamatan disitu.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Kosmo Online

Leave a Reply

%d bloggers like this: