Penggali Kubur Terima Anugerah Tokoh Frontliner Khas Maal Hijrah

Alhamdulillah, siapa sangka jasa seorang penggali kubur diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan JAWI.

Roslee Ali 63 tahun, seorang penggali kubur di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Selasih Gombak telah dianugerahkan sebagai Tokoh Frontliner Khas Maal Hijrah peringkat Wilayah Persekutuan 1443H/2021M.

Pemilihan Roslee Ali berdasarkan jasa beliau yang banyak memberikan sumbangan tenaga sepanjang wabak Pandemik Covid-19 melanda. Malah beliau pernah menyiapkan lebih kurang 40 liang lahad dalam masa satu hari.

Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail ini adalah kategori yang baru diwujudkan pada tahun ini.

Menurut beliau lagi pemilihan Roslee sebagai penerima anugerah Tokoh Frontliner Khas Maal Hijrah pada tahun ini berdasarkan sumbangan beliau sejak menceburi bidang ini sejak tahun 2011.

Katanya, selain Tokoh Utama Maal Hijrah JAWI turut mengadakan empat anugerah lain terdiri dari dua kategori petugas barisan hadapan, korporat, mualaf dan pendakwah kreatif bagi menerima Anugerah Khas Maal hijrah 1443H/2021M.

Kesemua pemenang anugerah menerima hadiah berupa wang tunai, sijil dan plak.

Gambar Hiasan dari Google

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Harian Metro

Leave a Reply

%d bloggers like this: