Saya Jual Krim Kesihatan Lelaki, Bukan Bahan Terlarang – Lan Pet Pet

Pelawak dan Pelakon terkenal tanah air Mazlan Ahmad 52 tahun, atau lebih dikenali dengan gelaran Lan Pet Pet menafikan sekeras kerasnya beliau ada menjual barang terlarang.

Ini berikutan sebelum ini tular satu video seseorang yang mirip dengan Lan Pet Pet sedang melakukan satu transaksi perniagaan yang agak mencurigakan.

Lan Pet Pet yang sebelum ini cukup popular bersama kumpulan lawak Senario itu berkata, ketika kejadian beliau sedang melakukan penghantaran Krim kesihatan lelaki yang dijual beliau kepada seorang pelanggan.

“Ramai salah faham apabila video tular menyatakan saya menjual barang terlarang. Saya ingin tegaskan tidak buat begitu” Tegas Lan

Tambah Lan lagi video tersebut memberi gambaran buruk kepada beliau dan keluarga. Beliau yang ketika itu sedang membuat penghantaran (COD) kepada seorang pelanggan di sebuah kampung di Kedah.

“Orang itu duduk di kampung, dah tidak berapa tahu untuk membuat pesanan secara online, produk ini mungkin menyebabkan orang itu malu dengan keluarga jadi saya buat penghantaran secara COD sahaja” kata Lan lagi.

Beliau yang sekarang ini bekerja sebagai pembantu khas di sebuah firma guaman membuat sidang akhbar hari ini bagi menjelaskan keadaan sebenar.

Walaubagaimanapun Lan tidak bercadang mengambil tindakan terhadap perakam video tersebut, dan juga kepada mereka yang menukarkan rakaman tersebut.

Lan ketika bersama Senario

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: