Hantar Nasi yang Dicampur Tanah Kubur Kerana Tidak Berpuas Hati dengan Layanan

Seorang wanita yang kematian suami akibat Covid-19 bertindak menghantar bungkusan nasi berisikan tanah kubur ke hospital.

Wanita tersebut tidak berpuas hati dengan kakitangan hospital kerana layanan yang diberikan kepada suaminya semasa sakit.

Beliau juga tidak berpuas hati apabila pihak hospital mengatakan kematian suaminya akibat dijangkiti Covid-19.

Pada bungkusan makanan yang menyeramkan itu turut ditulis dengan perkataan ‘Selamat Dihantui’.

Bungkusan nasi tersebut turut diisi dengan nasi, sekuntum bunga kemboja, telur puyuh dan segenggam tanah kubur.

Ketua Bahagian Maklumat Hospital Okto Fuji mengesahkan menerima bungkusan makanan tersebut, namun mereka tidak mengambil apa apa tindakan lanjut.

“Bungkusan makanan itu dihantar oleh keluarga pesakit Covid-19 yang tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh kakitangan hospital” kata beliau

Beliau juga menambah sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati agar terus melaporkan kepada bahagian maklumat hospital bukan dengan melakukan perkara yang syirik.

Kejadian dilaporkan berlaku di Batam, Jakarta Indonesia.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Kosmo Online

Leave a Reply

%d bloggers like this: