Imam Masjid Negara Telah Kembali ke Rahmatullah, Takziah Buat Keluarga Arwah

Halaman Rasmi Facebook Masjid Negara telah memuat naik berita sedih mengenai kematian seorang Iman di Masjid Negara.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Pegawai kami Ustaz Khisamudin bin Ismail telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 4 pagi di rumahnya di Kota Puteri Batu Arang Selangor (Konplikasi Jntung)”

Pihak masjid negara juga mendoakan agar isteri, serta anak anak dan keluarga arwah bersabar menghadapi dugaan ini.

“Kami kehilangan seorang rakan, guru dan imam yang penuh dedikasi terhadap tugasnya, semoga Allah mencucuri rahmat dan keampunan keatas roh dan ditempatkan bersama para solihin” petikan dari halaman Facebook Masjid Negara

Sementara itu Menteri Hal Ehwal Agama Islam, Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri juga berkongsi kesedihan beliau di halaman Facebook miliknya.

Beliau yang sudah memaklumkan kepada arwah untuk menziarahinya pada masa yang sesuai, namun Allah lebih menyayangi arwah yang terlebih dahulu meninggal dunia.

Salam takziah dari kami buat ahli keluarga arwah, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al fatihah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Facebook Masjid Negara

Leave a Reply

%d bloggers like this: