“Saya Akan Ditidurkan, Maaf Semua” Mesej Terakhir Sebelum Angah Bibh Meninggal Dunia

Muhammad Hanizan Azman, 30 tahun sempat memuat naik status terakhir di Facebook milik beliau sebelum disahkan meninggal dunia akibat dijangkiti virus Covid-19.

“Saya akan ditidurkan, maafkan semua” itulah mesej terakhir yang dimuat naik oleh Muhammad Hanizan atau lebih dikenali dengan panggilan Angah Bibh sebelum dia ditidurkan.

Lebih memilukan selepas empat jam memuat naik status terakhir di halaman Facebooknya beliau telah disahkan meninggal dunia. Namun masih ada kawan kawan beliau yang masih memberikan komen pada hantaran beliau itu tanpa menyedari yang beliau sudah meninggal dunia.

Angah merupakan seorang penyanyi, dan telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Bintang Asli Remaja Kebangsaan pada tahun 2009.

Arwah Angah juga pernah dinobatkan sebagai johan Bintang Asli Remaja kategori lelaki yang dianjurkan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kedah pada 2014.

Arwah juga merupakan seorang yang rajin bekerja, beliau bnyak menerima undangan nyanyian, disamping itu arwah ada juga menjalankan perniagaan kedai makan di kampung.

Selain Arwah, ibu beliau juga dijangkiti dan kini masih menerima rawatan di Hospital menggunakan bantuan oksigen.

Semoga Arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman, Al-Fatihah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Harian Metro

Leave a Reply

%d bloggers like this: