Ustaz Ebit Lew Kunjungi Gerai Azlee Senario

Azlee Jaafar, atau lebih popular dengan gelaran Azlee Senario berasa terkejut apabila gerai dimana tempat beliau berniaga dikunjungi oleh Ustaz Ebit Lew.

Azlee Senario yang sebelum ini tular di media sosial apabila video mengenai beliau yang berniaga buah buahan di tapak pasar malam dimuat naik ke laman sosial.

Azlee seorang pelawak dan pelakon terkenal tanah air berkata beliau terkejut apabila pendakwah terkenal yang beliau sendiri sangat kagumi itu datang ke gerai buah buahan beliau di tapak pasar malam di Saujana Utama Sungai Buloh.

“Alhamdulillah, ia satu kejutan apabila dikunjungi oleh orang yang saya segani dan hormati Ustaz Ebit Lew di tapak saya berniaga di Taman Saujana, Sungai Buloh Selangor pada pagi tadi” Azlee Senario

Ustaz Ebit Lew yang kebetulan keluar untuk program dakwah 40 hari di kawasan sekitar tersebut telah meluangkan masa untuk bertemu Azlee Senario. Menurut Ebit Lew kerja kerja bantuan masih diteruskan, tetapi diuruskan oleh orang lain.

Ustaz Ebit Lew juga sempat berpesan agar kita semua bersabar menghadapi ujian ini, kerana semua ujian ini disebabkan Allah sayangkan kita.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: