Jururawat Meninggal Akibat Covid-19 Setelah Lahirkan Anak Sulung

Allahuakbar… Lagi kes kematian akibat Covid-19 melibatkan Ibu yang melahirkan bayi.

Menurut laporan sebuah portal berita, seorang Jururawat disahkan meninggal dunia selepas melahirkan bayi yang dikandungnya.

Kejadian dilaporkan berlaku di Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai, Kelantan.

Jururawat tersebut, Norfaizah Mohammed Nor yang berusia 34 tahun telah menghembuskan nafas yang terakhir pada pukul 3.02 pagi.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata arwah seorang Jururawat yang berdedikasi.

Beliau mengesahkan arwah telah meninggal dunia di Hospital Kuala Krai akibat jangkitan virus Covid-19.

Menurut sumber, arwah dijangkiti oleh virus Covid-19 berpunca daripada salah seorang pesakit disitu.

Arwah juga dikatakan telah menunggu selama 10 tahun sebelum dapat menimang cahaya matanya yang pertama.

Setiap hari kita disajikan dengan berita menyayat hati berkenaan kematian akibat Covid-19.

Sebelum ini negara juga dikejutkan oleh kematian yang lebih kurang sama iaitu seorang penyanyi wanita tanahair Siti Sarah Raisuddin, yang juga merupakan isteri kepada pelawak terkenal Shuib Sepahtu.

Salam Takziah buat keluarga arwah, Al-Fatihah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Harian Metro

Leave a Reply

%d bloggers like this: