Showroom Kereta, Kedai Barangan Kemas, Cuci Kereta, Gunting Rambut Antara yang Dibenarkan Beroperasi Esok

Kerajaan hari ini mengumumkan 11 lagi jenis ekonomi yang dibenarkan beroperasi bagi negeri yang berada dalam fasa satu Pelan Pemulihan Negara PPN bermula esok.

Walaubagaimanapun kemudahan ini adalah hanya untuk mereka yang telah melengkapkan suntikan vaksinasi Covid-19.

Menurut Perdana Menteri, kemudahan pembukaan sektor ekonomi itu adalah tambahan kepada sektor sosial yang diumumkan beliau kepada individu yang lengkap menerima dua dos vaksinasi Covid-19.

Perlu diingatkan maksud vaksinasi lengkap ialah, 14 hari dari menerima suntikan dos yang kedua bagi vaksinasi 2 dos dan 28 hari selepas menerima suntikan bagi vaksinasi 1 dos.

Menurut Perdana Menteri, terdapat beberapa SOP operasi standard yang mesti dipatuhi. Walaupun SOP ini sedikit merumitkan tetapi ia demi memastikan keselamatan pekerja serta pelanggan.

11 Aktiviti Ekonomi yang Dibenarkan

  1. Kedai cuci kereta
  2. Kedai Elektrik dan Elektronik
  3. Kedai Barangan rumah dan peralatan dapur
  4. Kedai perabot
  5. Kedai peralatan sukan
  6. Kedai Aksesori kereta
  7. Pusat pengedaran dan jualan kereta
  8. Pasar pagi dan pasar tani sahaja
  9. Kedai pakaian fesyen dan aksesori
  10. Kedai Barangan Kemas
  11. Kedai gunting rambut, salun kecantikan (gunting rambut asas sahaja)

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: