Wea Selamos, Tok Singa dan Dua Lagi Pengamal Perubatan Tradisional Disaman RM1 Juta

Isu yang melibatkan satu keluarga yang dikatakan mengalami gangguan akibat disihir bakal berkesudahan di mahkamah.

Seorang Suri Rumah di Kota Bharu Kelantan, akan mengambil tindakan mahkamah terhadap empat orang individu yang juga merupakan pengamal perubatan tradisional atas alasan telah difitnah.

Rozita 41 tahun, telah menuntut saman malu sebanyak RM1 juta terhadap pengamal perubatan tradisional yang dikenali sebagai Tok Singa, Wea Selamos, Tok Hijau dan Ustaz Perlis.

Beliau mendakwa mereka berempat telah membuat tuduhan keatas beliau semasa bersiaran secara langsung di halaman Facebook dan YouTube milik mereka.

Berikutan pendedahan yang dibuat oleh pengamal perubatan tersebut beliau telah dimaki hamun dan ramai yang telah menyalahkan beliau diatas kejadian yang menimpa keluarga beliau.

Hal ini sekaligus memberi tekanan kepada beliau dan keluarga.

Kata Rozita, beliau dituduh melakukan sihir terhadap adik beradik sendiri sehingga ilmu itu berbalik kepada keluarga sehingga merengankan hubungan kekeluargaan mereka.

Sehinga ada pihak yang membuat laporan polis mengatakan beliau menipu mengutip sumbangan untuk merawat anak perempuannya yang mengalami penyakit misteri dan juga anak lelaki yang menghidapi sakit buah pinggang yang kronik.

Wea Selamos, Tok Hijau, Tok Singa

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Kosmo Online

Leave a Reply

%d bloggers like this: