Ini Sebab Utama Kenapa Tengku Razaleigh Hamzah Paling Layak Ganti PM – Pakar Politik

Berikut kemelut politik tanahair yang memasuki fasa baru hari ini, apabila Tan Seri Muhyidin Yassin telah melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Sehubungan itu beberapa nama mula bermain dan menjadi percakapan orang ramai yang akan mengantikan Perdana Menteri, salah seorang dari mereka ialah Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali dengan panggilan Ku Li.

Ku Li nama yang sangat besar dalam arena politik tanahair, beliau antara pesaing utama yang dilihat mampu menandingi kredibiliti Tun Mahathir Mohammad suatu ketika dahulu.

Bekas Menteri kewangan pada tahun 1976-1984, pernah menjawat jawatan sebagai pengerusi Bank Dunia dan IMF, Bank Pembangunan Asia serta Bank Pembangunan Islam. Beliau juga merupakan pengasas syarikat petroleum negara Petronas.

Seorang pakar politik tanahair, Professor Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid yang merupakan seorang Pensyarah Sains Politik Pusat Pengajian Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia berpendapat Ku Li adalah pilihan yang tepat untuk mengantikan Muhyidin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia.

“Bagi saya Ku Li adalah calon tepat kerana kepimpinan beliau dalam UMNO selama ini telah terbukti. Beliau juga dikenali ramai terutamanya di peringkat antarabangsa setaraf bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad” Kata Beliau

“Paling penting, beliau juga dihormati oleh semua parti termasuk DAP dan PKR kerana kewibawaan beliau dalam politik selama ini. Ku Li juga di dalam UMNO adalah individu paling bersih tidak seperti Ahli Parlimen yang lain” tambah beliau.

Antara calon lain yang berpotensi untuk dipilih ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mungkin salah satu kekurangan ialah atas faktor umur, namun begitu jikalau ini menjadi isunya Tun Mahathir Mohammad sebelum ini pun dilantik sebagai Perdana Menteri kali ke dua pada umur 92 tahun, berbanding dengan Ku Li yang sekarang berusia 84 tahun.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Kosmo Online

Leave a Reply

%d bloggers like this: