Jangan Berlebih Lebihan Menceritakan Kebaikan Arwah – Shuib Sepahtu

Shuib Sepahtu melalui hantaran di Instagram milik beliau mengesa agar para netizen tidak berlebih lebihan dalam menceritakan tentang kebaikan arwah Siti Sarah Raisuddin.

Shuib juga meminta orang ramai agar tidak memuat naik gambar dan video arwah yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Menurut beliau lagi sekiranya ada yang telah memuat naik gambar atau video tersebut, beliau meminta agar segera dipadamkan.

“Assalamualaikum semua, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang mendoakan Allahyarhamah Siti Sarah binti Raisuddin bidadari surga saya”

“Tapi saya ada permintaan, dimana saya mohon pada semua untuk tidak lagi mengeluarkan gambar atau video arwah yang tidak menutup aurat dengan sempurna”

“Saya juga mohon pada yang sudah terupload di media sosial untuk keluarkan kembali gambar atau video tersebut”

“Saya juga mohon untuk tidak menceritakan kebaikan Allahyarhamah secara berlebih lebihan, cukuplah kita bersederhana dalan setiap perkara dan perbuatan kita”

“InsyaAllah semoga kita diberkati dan dirahmati Allah SWT” berikut tulisan Shuib Sepahtu di hantaran Instagram.

Kepada blogger di luar sana, dalam kita mengejar view janganlah sengaja mereka-reka cerita demi untuk mensensasikan sesuatu isu. Jagalah juga perasaan ahli keluarga arwah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: