Atu Zero Terharu Ustaz Ebit Lew Tawarkan Bantuan

Sudah 3 bulan rakyat Malaysia dikurung atas nama ‘Lockdown’ demi untuk mengawal penularan wabak COVID-19. Namun begitu kes harian masih tidak menunjukkan tanda tanda penurunan.

Peniaga antara golongan yang terkesan, mana tidaknya bebanan ‘overhead’ seperti sewa premis dan gaji pekerja tetap perlu dibayar walaupun perniagaan tidak berjalan.

Ini lah yang turut dialami oleh Atu Zero atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharif.

Atu yang merupakan seorang pelawak dan pelakon terkenal tanah air mendedahkan beliau kini dalam pertimbangan menutup kedai perniagaan kek lapis dan butik yang diusahakan beliau di Setia Alam kerana mula merasa terbeban untuk membayar sewa premis tersebut.

Atu yang terkenal bersama kumpulan lawak Zero itu mengakui beliau sebenarnya berasa agak keberatan untuk melepaskan kedai tersebut tetapi buat masa ini itulah jalan yang terbaik baginya.

Perniagaan kek lapis yang diusahakan bersama isterinya Shafeqa Johari itu akan diteruskan dan beroperasi dari rumah sahaja.

“Memang sayang rasanya apatah lagi kedai itu telah kami ubahsuai dengan cantik, malah sewanya juga berpatutan”

“Namun buat masa ini kami memang berasa terbeban untuk membayar sewa bulanan, kami sudah memaklumkan kepada pemilik premis agar memberi laluan kepada penyewa baru yang berkemampuan, sekiranya ada. Kami dengan rela hati sudi melepaskannya” kata beliau

Atu Zero memberitahu buat masa ini bergantung kepada keadaan bagaimana, namun besar kemungkinan akan tetap menutup premis tersebut.

Sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan PKP 3.0 beliau langsung tidak mempunyai pendapatan selain daripada perniagaan kek lapis, ini disebabkan tidak lagi mendapat tawaran bekerja kerana industri hiburan juga dilarang untuk beroperasi.

Dalam pada itu beliau meluahkan rasa terharu apabila pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew memberi kata kata sokongan kepada beliau bagi meneruskan perniagaan.

Menurut Atu, Ustaz Ebit Lew juga menyatakan keinginan untuk membantu beliau. Namun beliau meminta agar Ustaz Ebit Lew terlebih dahulu membantu program pengurusan jenazah yang beliau anjurkan di Kudat, Sabah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: