Dr Agus Pilih Anwar Ibrahim Sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9

Professor Datuk Dr Mohammad Agus Yusuff, seorang penganalisis politik terkenal tanah air memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pilihan yang tepat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-9.

Menerusi hantaran di Facebook milik beliau, Dr Agus yang berasal dari Kelantan itu berkata sekiranya diberikan pilihan untuk memilih diantara empat orang nama yang sedang diperkatakan bakal menggantikan Tan Seri Muhyidin Yassin sebagai Perdana Menteri, beliau akan memilih Anwar Ibrahim.

“Pemilihan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia bukan kerana beliau sudah lama berjuang, tetapi kerana beliau mengangkat nilai dan falsafah demokrasi yang saya mahukan, kebenaran, keadilan, kesejahteraan dan kemanusiaan” Dr Agus

Antara nama lain yang disebut ialah, Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Shafie Afdal. Menurut Dr Agus kesemua pemimpin ini ada kehebatan masing-masing dan banyak berjasa kepada negara.

Namun begitu, seperti yang kita semua maklum kesemua calon Perdana Menteri yang dicadangkan itu tidak mempunyai majoriti yang cukup.

Tambah Dr Agus, pemilihan Perdana Menteri diatas kuasa budi bicara Yang Dipertua Agung, oleh sebab itu ahli Parlimen tidak mengundi untuk memilih Perdana Menteri sebagaimana mereka mengundi untuk memilih speaker.

Menurut Dr Agus lagi, dalam keadaan negara yang berhadapan dengan wabak Covid-19 dengan kes harian melebihi 20,000 serta keadaan ekonomi yang merudum, kita memerlukan seorang pemimpin yang mempunyai daya tahan, keazaman, idea dan dasar dasar baru, keyakinan, jaringan antarabangsa, pendedahan dan visi yang sesuai dengan tuntutan semasa.

Tambah beliau amat bertuah sekiranya keempat-empat pemimpin tersebut berganding bahu dalam satu barisan kabinet untuk tempoh yang berbaki sehingga PRU diadakan.

Seperti yang kita semua maklum semalam Tan Seri Muhyidin Yassin dan para jemaah kabinet telah menyerahkan warkah perletakkan jawatan kepada Yang Dipertua Agung.

Namun begitu, Tan Seri Muhyidin Yassin masih dilantik sebagai ‘care taker’ yang akan menguruskan kerajaan sementara menunggu Perdana Menteri baru dilantik.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Facebook Dr Agus Yusuff

Leave a Reply

%d bloggers like this: