Ismail Sabri Dipilih, Apakah UMNO Akan Kembali Memerintah Negara

Bagai sirih pulang ke gagang, Umno yang sebelum ini dilihat oleh sesetengah pihak bakal berkubur akan kembali kuat dengan pemilihan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai pilihan tunggal untuk menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 9.

Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Ahmad Maslan semalam menerusi status yang dimuat naik oleh beliau di halaman Facebooknya.

Ahmad Maslan mengesahkan Umno telah membuat keputusan menghantar satu nama sahaja kepada Yang Dipertua Agung sebagai calon Perdana Menteri, iaitu Datuk Seri Ismail Sabri.

Dengan sokongan penuh dari ahli Umno, Ismail Sabri yang juga bapa kepada penyanyi Dhafie Af itu dijangka tidak menghadapi masalah mendapatkan sokongan dari Ahli Parlimen Bersatu dan juga Ahli Parlimen PAS serta beberapa parti lain.

Beliau telah dikatakan mendahului wakil dari Pakatan Harapan iaitu Presiden Parti Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ismail Sabri juga dilaporkan telah menerima lebih dari 111 sokongan yang membolehkan beliau dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 9.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: