Muafakat Nasional Masih Bernafas

Sebelum terbentuknya Perikatan Nasional PN, terlebih dahulu telah termeterai Muafakat Nasional diantara parti politik Melayu terbesar di tanahair iaitu Parti Islam Se-Malaysia PAS dan UMNO.

Menjadi satu sejarah apabila dua parti yang sudah sekian lama ‘bermusuh’ di arena politik mengambil tindakan untuk bersatu demi kepentingan umat Islam di Negara ini.

Namun dengan pendaftaran secara rasmi Perikatan Nasional PN yang dianggotai oleh 5 komponen parti pada 7 Ogos 2020 sedikit sebanyak menjejaskan Penyatuan Ummah yang dimeterai melalui Muafakat Nasional.

Namun hari ini kita melihat perhubungan antara dua parti utama orang melayu ini masih wujud. Ini dapat dilihat melalui kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Ahmad Maslan yang mendakwa kesemua Ahli Parlimen daripada Pas memberi sokongan kepada calon Perdana Menteri yang diusulkan oleh Umno.

“Media menanyakan soalan soalan semasa, Pas menjawab kesemua 18 Ahli Parlimen mereka memberi sokongan SD kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri” Ahmad Maslan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Facebook The Ahmad Maslan

Leave a Reply

%d bloggers like this: