Nabil Ahmad dan Isteri Padam Gambar yang Tidak Menutup Aurat di Media Sosial, Inspirasi dari Siti Sarah

Susulan dari Pemergian Siti Sarah Raisuddin yang telah kembali ke rahmatullah, ramai di kalangan rakan rakan artis yang terinspirasi untuk menuju ke arah kebaikan.

Nabil Ahmad, seorang pelawak, pengacara, pelakon dan kini seorang pengarah filem telah memaklumkan bahawa beliau dan isteri telah memadamkan gambar gambar mereka yang tidak sesuai serta tidak menutup aurat daripada media sosial milik mereka.

Haji Ahmad Nabil Ahmad juga merupakan sahabat baik kepada suami Siti Sarah iaitu Shuib Sepahtu, beliau juga memberitahu berasa bersyukur apabila isteri beliau Nazirah Ayub telah mula menutup aurat dengan mengenakan tudung.

Menurut Nabil, yang kini tampil dengan imej yang lebih islamik beliau berasa gembira bila ramai rakan rakan artis yang lain juga telah mula bertudung. Bagi beliau ini sedikit sebanyak adalah terinspirasi dari kematian Siti Sarah.

Namun untuk kekal melakukan ibadah secara konsisten adalah sesuatu yang sukar dan memerlukan kesabaran. Beliau sendiri kadang diuji untuk terus istiqomah dalam melakukan ibadah.

Namun Nabil berkata, beliau tetap bersyukur dengan apa yang dilaluinya.

Kami berharap agar Nabil Ahmad dan Isteri terus istiqomah dalam melakukan kebaikan agar menjadi inspirasi kepada rakan rakan artis serta peminat sekalian.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: