Dahsyat Banjir Kilat di Kedah, Ini Puncanya Menurut MB Kedah

Hari ini kita dikejutkan dengan banjir kilat yang melanda beberapa perkampungan di daerah Yan, Kedah. Menerusi perkongsian video dan gambar di tempat kejadian boleh dilihat dengan jelas gambaran banjir tersebut yang dikatakan terburuk pernah terjadi.

Menurut Menteri Besar Kedah, Mohammad Sanusi Md Nor kejadian banjir itu tidak ada kena mengena dengan aktiviti pembalakan.

Kejadian dipercayai berlaku akibat hujan lebat di sekitar gunung Jerai yang mencetuskan kepala air dari kawasan air terjun di kaki gunung tersebut.

“Tiada aktiviti pembalakan berlaku di Hutan Simpan Gunung Jerai kerana kawasan tersebut telah diwartakan sebagai Hutan Perlindungan” Mohammad Sanusi.

Tambah beliau, banjir tersebut terjadi akibat fenomena kepala air yang turut membawa kayu kayu balak berikutan arus terlalu deras.

Selain banjir kilat kejadian itu juga turut menyebabkan berlakunya tanah runtuh.

Setakat ini, seorang lelaki berusia 65 tahun disahkan meninggal dunia dan dua orang dilaporkan hilang akibat kejadian tersebut.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Kosmo Online

Leave a Reply

%d bloggers like this: