Sokongan Kepada Ismail Sabri Sebagai PM ke-9 Bersyarat – Muhyidin Yassin

Perdana Menteri sementara, Tan Seri Muhyidin Yassin dalam kenyataannya sebentar tadi mengatakan sokongan yang diberikan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 9 adalah bersyarat.

Menurut Muhyidin, kesemua 50 ahli Dewan Rakyat dari gabungan ahli Perikatan Nasional telah menyerahkan akuan bersumpah kepada Istana Negara pada 18 Ogos 2021 menyatakan sokongan kepada Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri.

Namun begitu, menurut bekas Perdana Menteri itu sejajar dengan prinsip Kerajaan Perikatan Nasional untuk mempertahankan kerajaan yang berintegriti, sokongan yang diberikan tersebut adalah bersyarat.

Kerajaan yang akan dibentuk mestilah memilih barisan kabinet yang berintegriti, beramanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah di mahkamah.

Tambah Muhyidin lagi, kerajaan baru nanti mestilah menghormati prinsip pengasingan kuasa, melindungi kebebasan badan kehakiman, dan menjunjung konsep Raja Berperlembagaan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Facebook Tan Seri Muhyidin Yassin

Leave a Reply

%d bloggers like this: