Agung Dijangka Umum PM Baru Selepas Mesyuarat Raja Raja Melayu Hari Ini

Mesyuarat Raja Raja Melayu akan diadakan pada hari ini pada jam 2.30 petang di Istana Negara. Mesyuarat yang akan membincangkan pelantikan Perdana Menteri Malaysia yang ke 9.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di jangka akan diumumkan sebagai Perdana Menteri yang ke 9 bagi menggantikan Tan Seri Muhyidin Yassin yang terpaksa melepaskan jawatannya.

Ismail Sabri sebelum ini dilaporkan telah mendapat sokongan daripada kesemua Ahli Parlimen daripada Umno, Pas, Bersatu, GPS dan beberapa parti komponen yang lain. Mengikut perkiraan beliau telah mendapat sokongan sejumlah 114 Ahli Parlimen daripada 220 orang Ahli Parlimen yang ada.

Antara calon calon Perdana Menteri yang disebut akan mengantikan Tan Seri Muhyidin Yassin selain Ismail Sabri ialah Presiden Keadilan Nasional Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Seri Shafie Afdal.

Walaupun ramai yang meramalkan Datuk Seri Ismail Sabri akan dilantik, namun pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh dipandang rendah. Beliau yang sudah beberapa kali terlepas peluang untuk menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia mungkin kali ini akan berjaya.

Semoga krisis pelantikan Perdana Menteri ini dapat diselesaikan dengan baik demi untuk kebaikan bersama dalam kita mengawal wabak Covid-19 dan juga mampu memulihkan ekonomi yang terjejas.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: