Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Sah Dilantik Sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 9

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara sebentar tadi, Yang Dipertuan Agung Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan untuk melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 9.

Ini berikutan perletakkan jawatan oleh Tan Seri Muhyidin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 16 Ogos 2021.

Sebelum itu, Yang Dipertuan Agung telah meminta setiap Ahli Parlimen memberikan seorang nama yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri ke 9.

Menurut kenyataan dari Istana Negara, Datuk Seri Ismail Sabri telah mendapat 114 sokongan dari Ahli Dewan Rakyat, jumlah sokongan yang mencukupi untuk beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.

Semalam Baginda Yang Dipertuan Agung telah memanggil kesemua Ahli Dewan Rakyat yang memberikan sokongan kepada Ismail Sabri bagi mengesahkan sokongan mereka tersebut.

Majlis mengangkat dan menandatangani sumpah sebagai Perdana Menteri akan diadakan pada 21 Haribulan Ogos, Hari Sabtu pukul 2.30 petang.

Baginda Sultan juga menzahirkan, agar pelantikan ini akan meneruskan usaha membasmi wabak Covid 19 demi kemaslahatan serta kebajikan rakyat.

Baginda juga menzahirkan agar kemelut politik sekarang ini akan berakhir, dan mengesa kesemua ahli politik bersatu serta menumpukan kepada usaha mengawal wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: