Ebit Lew Gerakkan Misi Bantuan Mangsa Banjir Kilat di Yan Kedah

Hari ini pendakwah terkenal tanah air, Ustaz Ebit Lew telah mengerakkan misi bantuan kepada penduduk di Yan Kedah yang terlibat dengan bencana banjir kilat.

Banjir kilat paling buruk dalam sejarah di Yan itu berpunca daripada hujan lebat yang menghasilkan ‘kepala air’ dari air terjun gunung Jerai yang melimpah ke beberapa kampung di sekitar daerah Yan.

“Ziarah dan misi bantuan ke Yan Kedah. Kami bawa hadiah tilam, barang makanan serta sumbangan. Sebak lihat di pusat operasi menyelamat ini lebih 300 orang. Tadi berjumpa Ketua pengarah Bomba Kedah yang bekerja keras dalam misi ini bersama, PDRM, APM, Rescue Bencana Malaysia, dan Ngo lain yang dari awal membantu” Ebit Lew

Menurut Ebit Lew, sekolah antara bangunan yang terjejas teruk. Banyak peralatan komputer, barangan elektrik yang rosak, meja perabot serta pakaian musnah akibat banjir kilat.

Walaupun semalam, Ustaz Ebit Lew telah dipanggil oleh Polis untuk membantu siasatan berhubung kes yang dikatakan cubaan fitnah keatas beliau. Namun hari ini pendakwah terkenal itu masih sempat datang memberikan bantuan kepada mangsa banjir disini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: