Ye Dah Boleh Makan Dekat Kedai, Tapi Jangan Gembira Dulu Ini Amaran Dari Dr Noor Hisham

Semalam, Perdana Menteri sementara Tan Seri Muhyidin Yassin mengumumkan negeri yang dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara PPN telah dibenarkan untuk ‘dine in’ iaitu makan di kedai makan, restoran atau cafe.

Tetapi harus diingat, jangan gembira dahulu sebab kebenaran untuk ‘dine in’ ini bukan semestinya kita sudah selamat untuk makan di luar, ia dibuat kerana faktor ekonomi.

Kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham menyebut kebanyakan tempat dibuka bukan kerana sudah selamat, tetapi harus diingat ia dibuka atas sebab ekonomi.

Dr Noor Hisham juga menyeru agar orang ramai sentiasa memakai pelitup muka, malah jika perlu memakai dua lapis pelitup muka. Amalkan penjarakan sosial, dan jauhi tempat yang sesak.

Mungkin ramai yang gembira dengan pengumuman ini, tetapi keselamatan diri sendiri dan orang lain perlulah dijaga. Sekiranya tiada keperluan mendesak untuk makan dan minum di kedai makan lebih baik dielakkan dulu.

Dengan kes harian yang masih melebihi 20,000 dan jumlah kematian yang masih tinggi ada baiknya jika kita menangguhkan dulu hasrat untuk lepak lepak di kedai kopi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: