Peserta Perhimpunan Nyalaan Lilin Dakwa Dikasari Oleh Pihak Polis

Menurut sebuah portal berita tempatan, seorang peserta perhimpunan nyalaan lilin di Dataran Merdeka telah membuat laporan Polis berhubung kecederaan fizikal kerana diangkat dan diseret oleh Polis.

Walaupun pihak polis telah menafikan perkara tersebut, tetapi Chong Yee San anggota jawatankuasa pusat Parti Sosialis Malaysia PSM berkata sebaliknya.

Ketika ditanya oleh pihak media Chong berkata beliau telah menuntut agar pihak polis menyatakan sebab penangkapan mereka semua tetapi tidak dipedulikan.

Sebaliknya menurut Chong pihak polis mendakwa semua peserta ditahan untuk tujuan ‘dokumentasi’. Mereka semua kemudian diangkut dengan menggunakan trak ‘Black Maria’.

Menurut Chong lagi disebabkan tindakan polis itu beliau mengalami kecederaan, telefonnya juga jatuh dan merosakkan kamera telefon bimbitnya.

Perhimpunan nyalaan lilin tersebut dibuat untuk memperingati mangsa mangsa Covid-19 yang meninggal dunia. Ia dianjurkan oleh Seketariat Solidariti Rakyat yang juga penganjur kepada perhimpunan #lawan baru baru ini.

Kesemua 31 individu yang ditahan dibebaskan sekitar jam 1 pagi pada hari Jumaat. Mereka semua telah didenda RM 2,000 dengan jumlah keseluruhan RM 62,000 kerana berhimpun dan melakukan demonstrasi dikala wabak Covid-19 sedang melanda.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Malaysiakini

Leave a Reply

%d bloggers like this: