PM ke-9 Berdarah Kelantan, Suka Makan Nasi Kerabu

Seperti yang kita semua maklum Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 9 bagi mengantikan Tan Seri Muhyidin Yassin yang meletakkan jawatan.

Namun ramai yang tidak tahu sebenarnya Ismail Sabri 61 tahun, yang merupakan Ahli Parlimen Bera Pahang itu mempunyai darah Kelantan.

Fakta ini dikongsikan oleh Yusman Awang melalui portal Harakah Daily.

Perkara ini timbul apabila sekeping photo lama Datuk Seri Ismail Sabri semasa muda tular di aplikasi WhatsApp, photo yang dikatakan diambil di Salor Kota Bharu, Kelantan.

Photo yang dikongsikan di aplikasi WhatsApp

Dafi Af yang merupakan anak kepada Ismail Sabri mengesahkan yang ayah beliau gemar makan Nasi Kerabu dan kueh tradisional Kelantan iaitu kueh Lompat Tikam, menurut Dafi disini jelas menunjukkan ciri ciri ayah beliau yang mempunyai darah Kelantan.

Dafi juga menambah, belia dan ayahnya juga makan budu iaitu makanan kegemaran rakyat Kelantan. Beliau memberitahu, ayahnya adalah anak kelahiran Temerloh Pahang tetapi datuknya memang berasal dari Kelantan sebelum berpindah ke Pahang.

“Arwah kedua-dua ibu dan bapa kepada papa saya memang berasal dari Kelantan tetapi berpindah ke Pahang sebelum papa dilahirkan lagi. Mereka meninggal dunia pun di Pahang. Atuk saya meninggal ketika papa masih belajar di Tingkatan 6. Saya sendiri pun memang tak sempat jumpa mereka semasa mereka masih hidup,” kata Dafi.

Penyanyi dan juga pelakon itu juga berkata keluarga ayahnya masih ada lagi yang berada di Kelantan, pernah juga ayahnya membawa beliau dan keluarga berjumpa saudara mara mereka di Kelantan.

Jawatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Kerajaan

  • 2008 – 2009 : Menteri Belia dan sukan
  • 2009 – 2013 : Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
  • 2013 – 2015 : Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
  • 2015 – 2018 : Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
  • 2020 – 2021 : Menteri Kanan (Keselamatan)
  • 2021 – 2021 : Timbalan Perdana Menteri
  • 2021 – 2021 : Perdana Menteri Malaysia ke-9

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Harakah Daily

Leave a Reply

%d bloggers like this: