Jenazah Bekas Imam Dijumpai Dalam Keadaan Sempurna Menghadap Kiblat, Banjir Kilat Yan Kedah

Susulan banjir kilat terburuk yang melanda beberapa perkampungan di daerah Yan Kedah tempoh hari, pihak berkuasa telah membuat pencarian beberapa mangsa yang telah dilaporkan hilang.

Salah seorang yang dilaporkan hilang ialah Ku Shuib Ku Abdullah yang berusia 91 tahun. Beliau yang juga merupakan seorang bekas Imam di Masjid Yan yang hilang pada hari kejadian akhirnya ditemui hari ini.

Jenazah Ku Shuib ditemui oleh anggota bomba di bawah timbunan batang pokok di kawasan sungai yang baru terbentuk di kawasan Sungai Hampar.

Jenazah dilaporkan ditemui dalam keadaan yang sempurna, dalam keadaan mengiring menghadap ke arah Kiblat. Arwah ditemui kira kira satu kilometer dari tempat dimana beliau dilaporkan hilang.

Jenazah Ku Shuib merupakan jenazah ke lima yang dijumpai meninggal dunia akibat bencana tersebut. Pihak bomba setakat ini masih mengesan seorang lagi mangsa yang turut dilaporkan hilang.

Salam takziah dari kami buat ahli keluarga arwah dan juga mangsa lain yang terkorban.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: