Saya Akan Terus Menyumbang Bakti Kepada Masyarakat Sehinga Akhir Hayat – Ebit Lew

Biarpun dikaitkan dengan kontroversi fitnah melampau, sehingga rumah beliau digeledah oleh pihak Polis. Ini tidak mematahkan semangat Pendakwah terkenal tanah air, Ustaz Ebit Lew untuk terus berbakti kepada masyarakat.

Kini Ustaz Ebit Lew dan kumpulannya sedang bertungkus lumus menghulurkan bantuan kepada mangsa mangsa bencana banjir kilat di daerah Yan, Kedah.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Ustaz Ebit Lew di halaman Facebooknya, beliau telah menghantar bantuan berupa tilam pakaian, makanan serta sumbangan kepada penduduk di Yan, Kedah.

Akibat dari banjir kilat tersebut banyak perkakasan elektrik dan elektronik milik penduduk telah musnah. Peralatan seperti komputer di sekolah di situ juga dilaporkan turut rosak akibat banjir.

Ustaz ebit lew juga memuat naik photo beliau dan kumpulannya meredah hujan dan lumpur menziarahi rumah seorang bekas Imam disitu yang berusia 90 tahun dilaporkan hilang dibawa arus dan sehingga kini masih belum ditemui.

Selain memberikan bantuan kepada keluarga Imam tersebut beliau juga memberikan kata kata semangat kepada mereka.

Beliau juga telah menggantikan paip air yang digunakan oleh penduduk kampung untuk mendapatkan bekalan air bersih daripada bukit di situ. Paip air yang digunakan sebelum ini telah musnah dibawa arus banjir.

Kebanyakan penduduk disitu bergantung kepada air bersih dari bukit. Selepas paip untuk menyalurkan air bersih dari bukit hanyut di bawa arus banjir mereka hanya mengambil air dari sungai berdekatan yang airnya bercampur dengan tanah.

Walaupun diuji dengan pelbagai ujian yang berat kebelakangan ini, namun Ustaz Ebit Lew tetap bersemangat menghulurkan bantuan kepada masyarakat, malah beliau juga menegaskan akan menyumbang bakti kepada masyarakat sehinga akhir hayat beliau.

Semoga dipermudahkan segala urusan Ustaz Ebit Lew dan kumpulannya dalam membantu mangsa mangsa banjir di Kedah.

Diharapkan perkongsian ini memberi manfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Facebook Ebit Lew

Leave a Reply

%d bloggers like this: