Seludup PATI Menggunakan MPV Mewah- Toyota Estima

Photo Hiasan

Sebuah Portal berita tempatan hari ini melaporkan pihak berkuasa berjaya menumpaskan satu aktiviti penyeludupan Pendatang Asing Tanpa Izin PATI di Tanjung Sedeli, Kota Tinggi Johor.

Dalam operasi tersebut dua orang tekong darat ditahan kerana menyeludup 18 orang pendatang tanpa izin.

Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud operasi tersebut dijalankan oleh Bahagian Perisikan dan Unit Khas Imigresen bersama Angkatan Tentera Malaysia ATM.

Dalam operasi tersebut, pihak berkuasa merampas tiga buah kenderaan yang digunakan oleh pihak sindiket.

Salah satu kenderaan yang dirampas ialah sebuah MPV mewah iaitu Toyota Estima. Penyeludup dipercayai menggunakan Toyota Estima untuk membawa PATI tersebut.

Menurut Datuk Khairul Dzaimee, mereka mendapat maklumat sekumpulan migran yang diseludup akan mendarat di Pantai Tanjung Lompat antara jam 3 hingga 5 pagi.

PATI yang ditangkap

Menurut beliau, modus operasi penyeludup ialah menjalin kerjasama dengan tekong laut yang menyeludup migran dari negara jiran, kemudian tekong darat akan menyediakan pengangkutan sebelum diagihkan kepada majikan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Sinar Harian

Leave a Reply

%d bloggers like this: