Syafiq Ahmad Mohon Maaf Pada Tunku Mahkota Johor (TMJ)

Pemain bolasepak pasukan JDT, Syafiq Ahmad semalam membuat naik satu tweet di twitter yang berbunyi “Seronok tengok kawan kawan main bola”, selepas aksi perlawanan antara JDT dan PJ City.

Ternyata tweet tersebut mendapat reaksi dan menjadi bualan peminat bolasepak, serta laman laman sukan tempatan.

Namun pemilik Kelab Bolasepak JDT Tengku Mahkota Johor Tuanku Ismail telah memberi tindak balas dengan memuat naik status bagi menjelaskan perkara tersebut.

Antara yang ditekankan oleh Baginda, siapa yang berlatih dengan bagus dan bekerja keras dia akan bermain, siapa yang tidak, dia tidak akan bermain. TMJ juga menegaskan JDT bukan penjara, kalau tidak suka pintu sentiasa terbuka.

“Siapa nak cabaran dalam karier dan kejuaraan, datang ke JDT. Siapa nak minit permainan, sertai kelab lain. Takda orang paksa. Semua pilihan atas tangan pemain,” TMJ

Syafiq Ahmad yang telah memadamkan tweet beliau sebelum itu telah memohon maaf kepada TMJ serta penyokong JDT.

“Saya dengan rendah diri memohon maaf atas tweet yang mengikut perasaan saya semalam kepada rakan sepasukan, kelab dan terutama sekali kepada Tunku Mahkota Johor yang banyak membantu saya selama ini di dalam dan di luar padang”

“Saya mengakui saya sepatutnya tidak bertindak mengikut emosi dan seharusnya memikirkan di mana kesilapan saya selama ini” Syafiq Ahmad.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: