Perdana Menteri Perkenal Konsep KELUARGA MALAYSIA

Semalam melalui ucapan sulungnya Perdana Menteri memperkenalkan frasa konsep KELUARGA MALAYSIA.

Ini bertujuan mengajak rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa bersama sama memulihkan keadaan di negara ini.

Konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke 9 itu mendapat maklum balas yang positif dari semua orang, termasuk dari ahli politik kerajaan dan pembangkang.

“Marilah kita dengan fikiran terbuka dan dada yang menerima, mencungkil persamaan dengan tidak lagi menggali perbezaan. Kita perlu bersepakat untuk menyelamatkan keluarga kita, iaitu KELUARGA MALAYSIA,” kata Perdana Menteri

Perdana Menteri berkata kita semua ibarat anggota tubuh yang saling lengkap melengkapi.

Perdana Menteri menyeru agar semua ahli politik berusaha bersama sama tidak kira dari kerajaan atau pembangkang bagi memulihkan semula keadaan negara.

Perdana Menteri berkata beliau memilih konsep KELUARGA MALAYSIA kerana ia bersifat lebih inklusif merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: