Jawatan TPM Pula yang Menjadi Tanda Tanya, Siapa Agaknya yang Layak

Umum mengetahui Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah secara rasmi dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-9. Kini ramai yang tertunggu tunggu siapa pula yang akan berganding bahu dengan Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ramai pemerhati politik meramalkan calon Timbalan Perdana Menteri akan dipilih dari kalangan ahli Bersatu. Ini kerana Bersatu mempunyai bilangan Ahli Parlimen yang kedua terbanyak dalam blok kerajaan.

Selain itu, kerana sebelum ini Perdana Menteri adalah dari Bersatu dan Timbalan Perdana Menteri dari Barisan Nasional, mungkin kali ini mereka hanya bertukar tempat bagi mengimbangi kedudukan masing-masing.

Antara calon dari Bersatu yang dipetik oleh pemerhati ialah Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumi, Setiausaha Agung Datuk Seri Hamzah Zainudin, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Datuk Seri Azmin Ali dan Datuk Seri Mohd Redzuan.

Menurut penganalisis politik, bagi menjamin keharmonian Perdana Menteri seharusnya melantik dua orang Timbalan Perdana Menteri, salah seorang perlu dari Sabah dan Serawak, terutamanya dari parti Gabungan Parti Sarawak GPS.

Siapapun yang dipilih mereka seharusnya mampu bekerjasama dengan baik, serasi dan saling membantu.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: