Tauke Jambu Sebenarnya Bukan ‘Taukey Ayam’, Nekad Tinggalkan Bidang Hiburan

Zamatul Amri bin Zakaria atau lebih sinonim dengan gelaran Tauke Jambu berasa lega apabila pihak polis mengesahkan beliau tidak terlibat dengan aktiviti perdagangan manusia.

Beliau yang merupakan seorang pelawak dan pelakon itu merayu orang ramai agar berhenti melabelkan beliau sebagai ‘bapa ayam’.

Beliau berkata yang menjadi mangsa ialah ahli keluarga beliau terutamanya anak dan isterinya yang berasa malu untuk keluar rumah kerana tertekan dengan isu tersebut.

Sebelum ini beliau bersama dengan 4 orang lagi telah ditahan pihak berkuasa bagi membantu kes permedagangan manusia untuk tujuan pesundalan di sebuah hotel di Kuala Pilah.

Tauke berasa bersyukur kerana disahkan tidak terlibat dengan aktiviti tersebut, beliau yang sebelum ini pernah menafikan namun masih ada mulut yang bercakap.

Namun pelawak yang lahir daripada program Raja Lawak terbitan Astro itu tetap dengan keputusannya untuk tidak lagi terlibat dalam industri hiburan dan seterusnya akan mencari rezeki dalam bidang lain.

Semoga maju jaya kami ucapkan kepada Tauke Raja Lawak.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Kosmo Online

Leave a Reply

%d bloggers like this: