Minta RM62k dapat RM92k Penganjur ucap Terima Kasih kepada yang Menyumbang

Penganjur perhimpunan nyalaan lilin di Dataran Merdeka bagi memperingati mangsa mangsa Covid-19 yang meninggal dunia merakam ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang memberi sumbangan.

Difahamkn mereka semua telah dikompaun oleh pihak polis sebanyak RM62, 000 kerana berhimpun dan melakukan demonstrasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan PKP akibat Pandemik Covid-19.

Menurut penganjur mereka telah berjaya mengumpul RM92, 800 dalam masa satu hari sahaja. Jumlah ini lebih dari cukup untuk mereka membayar jumlah kompaun yang dikenakan keatas mereka.

Menurut Seketariat SSR, ini membuktikan perjuangan mereka disokong oleh rakyat Malaysia.

“Kepercayaan rakyat kepada gerakan #Lawan akan kami peluk erat dalam setiap gerak kerja kami” kata mereka.

Pada 19 Ogos seramai 31 peserta perhimpunan telah dibawa oleh Polis ke IPD Dang Wangi untuk urusan dokumentasi, kesudahannya mereka semua telah dikompaun sebanyak RM2, 000 seorang.

Terdapat ahli perhimpunan mempersoalkan layanan pihak polis terhadap mereka yang mereka sifatkan agak kasar.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Malaysiakini

Leave a Reply

%d bloggers like this: