Peluang Kedua untuk Anggota Tentera yang Dipecat Kerana Menolak Vaksinasi Covid-19

Sebuah portal berita tempatan hari ini melaporkan, Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) akan mempertimbangkan untuk menyerap semula anggota yang dipecat kerana enggan menerima vaksinasi sekiranya mereka kembali mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Sebelum ini tular di media sosial mengenai seorang anggota tentera yang dikenali sebagai Wan Wan Seman yang mendakwa perkhidmatannya selama 20 tahun ditamatkan kerana keenganan beliau menerima suntikan vaksinasi Covid-19.

Lebih malang bagi Wan Ramli yang berpangkat Sarjan itu akan kehilangan pencen yang sepatutnya diterima 16 bulan lagi selepas beliau dijangka akan bersara.

Namun sekiranya beliau berubah fikiran untuk kembali menerima vaksinasi, beliau berkemungkinan akan kembali diserap sebagai anggota tentera darat.

Menurut Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Seri Zamrose Mohd Zain, TDM mempunyai 86,000 anggota dan beliau tidak mahu berlaku sebarang implikasi kepada anggota lain yang bekerja dalam pasukan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Harian Metro

Leave a Reply

%d bloggers like this: