Pertemuan Pimpinan Pembangkang dengan Perdana Menteri Berjalan Baik

Pertemuan antara pimpinan pembangkang yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berlangsung dengan baik.

Selain Anwar Ibrahim, perjumpaan itu turut dihadiri oleh Presiden parti Amanah Mohd Sabu serta Setiausaha Agung Dap Lim Guang Eng.

Pertemuan itu dipercayai untuk meredakan ketegangan berkaitan isu politik semasa. Disamping itu, menurut Anwar Ibrahim, antara yang dibincangkan ialah mengenai nasib rakyat, mebasmi kemiskinan dan menangani masalah pekerjaan rakyat.

Ketua Pembangkang itu juga berkata, PH tidak akan ‘mempersulitkan’ undi percaya terhadap Perdana Menteri sekiranya beliau mengambil langkah demi kepentingan rakyat.

Anwar menyifatkan pertemuan ini adalah sebagai permulaan yang baik, dan pertemuan seterusnya akan dihadiri oleh wakil wakil pembangkang.

Beliau juga menambah perbincangan itu mengenai langkah langkah yang boleh diambil untuk menjamin kedudukan Perdana Menteri dan suasana politik negara lebih aman.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Malaysiakini

Leave a Reply

%d bloggers like this: