Solat Atas Batu pun Ada Orang Pertikai

Negara kita dikejutkan dengan banjir kilat yang dikatakan terburuk pernah melanda Yan Kedah, yang mengakibatkan beberapa buah kampung di sekitar terjejas teruk.

Sudah menjadi rutin apabila terjadinya bencana Jabatan Amal Malaysia akan mengerahkan anggotanya untuk turun membantu.

Apa yang menjadi isu dan perdebatan apabila beberapa keping gambar anggota Unit Amal ini sedang solat berjamaah di atas batu di sungai dimana tempat mereka bekerja disebarkan di Internet.

Unit Amal Malaysia ialah salah satu jabatan di bawah Dewan Pemuda Pas, yang mana berfungsi sebagai sebuah pasukan kebajikan sukarela beruniform.

Ada beberapa pihak yang mempertikaikan, kenapa perlu solat di dalam sungai, kenapa perlu dimuat naik di media sosial dan bermacam lagi komen negatif terhadap mereka.

Sebenarnya mereka ini ditugaskan untuk menarik paip air dari bawah sehingga keatas gunung untuk menyalurkan air bersih kepada penduduk kampung.

Kita tidak berada di tempat mereka, besar kemungkinan solat di atas batu adalah tempat yang bersih dan selamat untuk solat berbanding di atas tanah yang penuh dengan lumpur.

Gambar yang dikongsi di media sosial mungkin untuk menunjukkan walau berada di dalam kesukaran tetapi masih mampu untuk solat berjamaah, soal ikhlas atau riak biarlah Allah yang tentukan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: