Ebit Lew Menyantuni Penduduk India di Klang

Pendakwah terkenal tanah air, Ustaz Ebit Lew menerusi media sosial miliknya memuat naik photo semasa beliau menyantuni penduduk berbangsa India di Klang Selangor.

“Ziarah kawasan India klang. Gembira jumpa semua. Baik-baik semua. Semua cakap terima kasih. Kita semua sebuah keluarga. Ada ramai juga kenal. Terasa rapat walau kali pertama bertemu” tulis Ebit Lew.

Beliau yang baru pulang dari misi bantuan kepada penduduk di sekitar Yan, Kedah yang terlibat dengan bencana banjir kilat paling buruk dalam sejarah disitu.

Terkini beliau sedang menghadapi tuduhan gangguan seksual, kes melibatkan beliau kini masih dalam siasatan pihak polis.

Walaupun pelbagai ujian dihadapi, beliau dan kumpulannya tetap meneruskan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan.

Rata rata netizen memuji tindakan Ebit Lew yang memberikan bantuan kepada semua tanpa mengira bangsa dan agama.

Diharapkan Ebit Lew meneruskan usaha yang murni ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Facebook Ebit Lew

Leave a Reply

%d bloggers like this: