Ini Adalah Senarai Barisan Kabinet Baru Perdana Menteri

Perdana Menteri Malaysia yang ke 9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini telah mengumumkan senarai barisan kabinet baru beliau.

Sebelum itu, semalam Perdana Menteri telah mendapat perkenan daripada Yang Dipertuan Agung berkenaan barisan kabinet baru yang akan dibentuk beliau.

Barisan kabinet baru kebanyakan adalah muka muka lama, serta beberapa orang sahaja muka baru. Ada juga yang hanya bertukar kementerian.

Menteri Kanan, Menteri Perdagangan dan Industri masih disandang oleh Datuk Seri Azmin Ali. Manakala Ahli Parlimen Semberong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein masih memegang portfolio Menteri Kanan.

Sedikit pembaharuan apabila Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin dilantik menjadi Menteri Kesihatan, manakala bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Azhan Baba dilantik mengalas jawatan Menteri Sains dan Teknologi.

Antara muka baru ialah Datuk Seri Noh Omar yang dilantik sebagai Menteri Usahawan dan Koperasi, manakala bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kasim dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan mengantikan Datu Seri Anuar Musa.

Datuk Seri Anwar Musa pula dari Menteri Wilayah Persekutuan kini dilantik menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Manakala bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumi telah dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan, Faizal yang sebelum ini pernah dilantik menjadi Penasihat Khas kepada Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Muhyidin Yassin.

Antara Menteri yang mengekalkan portfolio masing masing ialah, Tengku Zafrul yang dilantik kembali sebagai Menteri Kewangan, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik kembali menjadi Menteri Alam Sekitar dan Air. Manakala Menteri Pendidikan masih disandang oleh Datuk Seri Radzi Jidin.

Menurut Perdana Menteri, setiap Kementerian yang dilantik diberi 100 hari untuk mencapai KPI yang ditetapkan. Mereka juga perlu pantas untuk mengeluarkan negara dari wabak Pandemik Covid-19, serta mengeluarkan dari kekusutan politik.

Kabinet baru juga perlu tekun bekerja, bertanggungjawab dan amanah serta mampu mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan.

Membulat tekad, bekerja bersama rakyat itulah moto yang diungkapkan oleh Perdana Menteri mengenai barisan kabinet ini.

Diharapkan barisan kabinet baru ini mampu memulihkan kembali negara dari wabak Pandemik Covid-19 dan juga menstabilkan ekonomi rakyat dan Negara.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: