Pemain Bolasepak Simpan Kepala dan Anggota Badan Manusia Dalam Peti Sejuk di Rumahnya

Agak mengejutkan, kenapa kepala remaja yang sudah meninggal dunia diletakkan di dalam peti sejuk.

Inilah yang terjadi di Accra, Ghana. Seorang bekas pemain bolasepak Ghana telah ditahan pihak berkuasa kerana menyimpan kepala remaja di dalam peti sejuk di rumahnya.

Sebuah agensi berita melaporkan, Richard Gyamfi berusia 28 tahun yang kini bertugas sebagai pengulas sukan ditahan di rumahnya di kawasan perbandaran Sunyani.

Menurut media, selain beberapa kepala pihak polis juga menemui anggota badan manusia yang telah dipotong dismpan di dalam peti sejuk yang sama.

Rahsia tersebut terbongkar apabila seorang lelaki mencari anaknya yang hilang. Lelaki tersebut telah pergi ke rumah Richard untuk mencari anaknya, kerana menurut info daripada orang ramai anaknya dilihat dibawa masuk ke kediaman Richard.

Selepas mengeledah rumah Richard, akhirnya lelaki itu menemui mayat anaknya di dalam sebuah bilik yang berkunci.

Beliau segera menghubungi polis, dan polis menemui beberapa anggota badan manusia yang lain di dalam peti sejuk di rumah tersebut.

Pihak polis telah menahan Richard untuk siasatan lanjut.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Harian Metro

Leave a Reply

%d bloggers like this: