Wow! Video Gadis Ini Bayar Guna Kaki Ketika Drive Thru, Undang Rasa Kagum dan Sebak Netizen

Dari Facebook Norfarrah Syahirah Shaari

Tular satu video di aplikasi Tiktok, seorang gadis istimewa Orang Kelainan Upaya (OKU) yang memandu kereta menggunakan kaki masuk ke tempat Pandu Lalu (Drive Thru).

Apa yang menarik beliau membuat bayaran kepada petugas di kaunter Pandu Lalu itu juga dengan menggunakan kaki.

Norfarrah Syahirah Shaari memuat naik video tersebut di akaun Tiktok miliknya. Melalui video tersebut nampak beliau begitu yakin, dan ceria walaupun mempunyai kekurangan dari segi fizikal.

Semasa ditemu bual oleh radio Hot FM menerusi segmen pagi bersama Farra Fauzana, AG dan Fad Bocey beliau berkata disebabkan tidak mahu menyusahkan orang lain untuk menghantarnya ke tempat kerja beliau kuatkan semangat untuk memandu sendiri kereta.

Hanya mengambil masa dua minggu sahaja untuk berlatih, dan dalam masa satu bulan Norfarrah sudah berjaya memiliki lesen memandu yang sah. Kini sudah 11 tahun beliau memandu kereta dengan hanya menggunakan kaki.

Kini video yang dimuat naik di akaun Tiktok itu mendapat lebih 300 ribu tanda suka dari orang ramai. Rata rata netizen meluahkan kekaguman dengan semangat dan ketabahan Norfarrah.

Semoga menjadi inspirasi kepada mereka diluar sana khususnya kepada wanita yang masih takut takut nak memandu sendiri kereta.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Facebook Norfarrah Syahirah Shaari

Leave a Reply

%d bloggers like this: