Bonnie Bunyau Gustin Hadiah Pingat Emas Pertama Buat Negara di Sukan Paralimpik Tokyo

Tahniah buat jaguh Powerlifting Negara, kerana berjaya menyumbang pingat Emas pertama buat Malaysia pada Sukan Paralimpik di Tokyo.

Bonnie berjaya memecah rekod sukan Paralimpik dengan angkatan seberat 228 kg bagi acara Powerlifting kategori lelaki 72 kg.

Ronnie Bunyau Gustin, 29 tahun anak kelahiran Sarawak itu sebelum ini antara 5 orang wakil negara yang akan menyumbang pingat emas untuk Negara.

Beliau merupakan Juara Dunia bagi acara Powerlifting kategori lelaki 65 kg pada tahun 2019. Antara pencapaian lain Ronnie sebelum ini di peringkat ialah mendapat pingat perak pada Sukan Asia 2018 dan tempat ke empat pada Sukan Komanwel 2018.

Di media sosial ramai netizen yang teruja dan mengucapkan tahniah kepada Ronnie, termasuk daripada pemimpin pemimpin politik juga tidak ketinggalan merakam ucapan tahniah dan terima kasih kepada beliau kerana berjaya menghadiahkan Pingat Emas buat negara.

Tahniah buat Ronnie Bunyau Gustin dari kami, syabas anda memang terbaik. Diharapkan atlet lain juga mampu menyumbang sesuatu buat negara. Semoga merka semua beroleh kejayaan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: