Ini Ganjaran Lumayan yang Menanti Bonnie Pemenang Pingat Emas Sukan Paralimpik

Sukan Paralimpik tidak pernah mengecewakan, Bonnie Bunyau Gustin berjaya menghadiahkan Pingat Emas pertama buat negara pada kejohonan sukan Paralimpik 2021 di Tokyo Jepun.

Bonnie atlet angkat berat kelahiran Sarawak itu berjaya memenangi pingat emas bagi kategori lelaki 72 kg acara Powerlifting dengan angkatan 228 kg.

Bonnie Bunyau Gustin juga merupakan Juara Dunia bagi acara Powerlifting kategori lelaki 65 kg pada tahun 2019. Selain itu antara pencapaian lain Ronnie sebelum ini ialah mendapat pingat perak pada Sukan Asia 2018 dan tempat ke empat pada Sukan Komanwel 2018.

Walaupun Bonnie masih berada di Tokyo, tetapi sudah ramai yang mula mengira habuan kemenangan yang akan dimiliki oleh beliau.

Selain RM1 juta hadiah kemenangan di bawah Skim Sukan (Shakam) yang akan diraih oleh Bonnie dan pencen bernilai RM5,000 sebulan, beliau juga turut akan menerima ganjaran bernilai RM100,000 daripada penaja FWD Takaful Berhad.

Selain itu Kerajaan Negeri Sarawak juga akan menyediakan ganjaran buat Bonnie selaku atlet kelahiran negeri Bumi Kenyalang itu atas sumbangannya kepada negara.

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumi yang baru dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan juga berkata beliau akan berbincang dengan kerajaan bagi memberikan ganjaran yang setimpal kepada semuanpemenang pingat.

Ahmad Faizal juga memberi bayangan dua lagi pingat mampu dicapai oleh atlet paralimpik negara melalui acara olahraga dan badminton.

Beliau juga berkata ini adalah kejayaan besar buat negara, dan mengharapkan akan menjadi inspirasi kepada atlet lain untuk terus menyumbangkan sesuatu buat Malaysia.

Menteri Belia dan Sukan itu juga mewakili rakyat Malaysia berbangga dengan kejayaan Bonnie dan ia menjadi hadiah berharga buat rakyat Malaysia sempena hari kemerdekaan negara yang ke 64.

Sebagai rujukan, pada edisi paralimpik di Rio De Jeneiro 2016 Malaysia telah berjaya meraih 3 pingat emas yang disumbangkan oleh Mohd Ridzuan Mohd Puzi, Mohd Ziyad Zolkifli dan Abdul Latif Romly kesemuanya dari acara olahraga.

Sukan Paralimpik dianjurkan sejajar dengan Sukan Olimpik, merupakan sebuah temasya sukan terulung antarabangsa yang melibatkan atlet atlet yang mengalami pelbagai kekurangan upaya ia diadakan selepas berakhirnya Sukan Olimpik.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: