Mantan Menteri Agama Dr Zul Sertai Group Masakan, Tulis Memoir Kehidupan di Facebook

Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri merupakan seorang Agamawan dan Ahli Dewan Negara yang juga mantan Menteri Hal Ehwal Agama dilaporkan telah menyertai Group Masakan di Facebook.

Selain itu selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri Hal Ehwal Agama beliau juga mula menulis memoir mengenai kehidupan beliau sejak dari zaman persekolahan sehingga sekarang di Facebook milik beliau.

Memoir yang ditulis mengenai himpunan kisah diri beliau sendiri sejak kecil itu kebanyakan menggunakan loghat Terengganu. Disamping itu beliau juga menyelitkan juga nasihat dan panduan yang berguna kepada orang ramai di dalam penceritaan beliau.

Semalam satu group masakan popular yang khas untuk para suami mengalu alukan penyertaan Dr Zul ke dalam group tersebut. Ramai yang tertunggu tunggu giliran Dr Zul untuk berkongsi hasil masakan beliau di Facebook.

Sebelum itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu juga sempat mengucapkan tahniah kepada penganti beliau iaitu Ustaz Haji Idris Ahmad yang dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Agama yang baharu.

Ustaz Haji Idris juga merupakan Naib Presiden Pas itu juga adalah ahli kepada group masakan tersebut. Sebelum ini beliau dilihat memuat naik resepi masakan di group tersebut.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: