Resepi Sup Kepala Ayam

Resepi Sup Kepala Ayam, ye sup kepala ayam. Ada yang pernah cuba tak makan sup kepala ayam.

Sebelum ini di beberapa laman sosial ada yang menyebarkan photo masakan sup dan soto yang dibuat menggunakan kepala ayam.

Menurut seorang pendakwah, kepala ayam boleh dimakan kerana ia bukan najis. Asalkan ayam tersebut disembelih secara halal dan dibersihkan ia boleh dimakan.

Tambah beliau lagi, sekiranya kepala ikan orang boleh makan kenapa pula dengan kepala ayam.

Menurut pencarian kami di internet hidangan sup kepala ayam ini digemari oleh segelintir penduduk di negara jiran.

Disini kami kongsikan resepi untuk membuat sup kepala ayam.

Bahan Bahan

  • 1 biji Tomato
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 kilo kepala ayam
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 biji kentang
  • Sedikit daun bawang
  • Sedikit daun sederi
  • Garam secukup rasa

Tumis bawang putih dan merah, masukkan 3 cawan air, masukkan kepala ayam yang sudah dibersihkan, masukkan kentang. Apabila kepala ayam hampir masak masukkan garam secukup rasa, daun bawang dan daun sederi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: