Chef Meninggal Dipatuk ‘Kepala’ Ular Tedung yang Telah Dipotong untuk Dimasak

Malang tidak berbau, begitulah nasib yang menimpa seorang tukang masak yang meninggal dunia apabila dipatuk oleh kepala Ular Tedung yang sudah dipotong untuk dimasak.

Sup Ular Tedung adalah hidangan exsotik yang menjadi kegemaran bagi sesetengah penduduk di daerah selatan China.

Menurut laporan sebuah tabloid, Daily Star pada 24 Ogos 2021, seorang chef di sebuah restoran menghabiskan masa selama 20 minit untuk menyediakan masakan, memotong bahagian badan ular tersebut.

Namun disaat beliau mencapai kepala Ular Tedung yang telah dipotong untuk dibuang kedalam tong sampah secara tiba tiba tangan beliau telah dipatuk, ini menyebabkan berlaku kekecohan di restoran tersebut.

Pekerja restoran kemudian menghubungi doktor, namun apabila doktor sampai beliau telahpun meninggal dunia.

Menurut seorang pelanggan disitu semasa kejadian dia dan keluarga sedang menjamu selera di restoran tersebut sempena ulang tahun kelahiran isterinya. Dia mendengar seperti ada kekecohan berlaku di dapur, selepas mendapat tahu apa yang berlaku mereka semua terus berhenti dari menjamu selera.

Ular tedung mengandungi bisa yang boleh melumpuhkan mangsa dalam. masa 30 minit, membuatkan mangsa mengalami sesak nafas dan seterusnya boleh membunuh.

Pakar kesihatan mengatakan memang ada penawar bagi bisa ular tedung, tetapi ia perlu diberikan dalam masa yang cepat sebelum bisa merebak keseluruh anggota badan.

Walaupun ular itu sudah mati, namun tindakan reflektif dari kepala ular tersebut masih boleh menggigit dan menyebabkan kematian.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: