Fenomena Dua Laut Tidak Bercampur Sudah Tercatat Dalam Al Quran

SubhanaAllah, mungkin sudah ramai dari kita yang telah melihat video serta photo fenomena dimana dua lautan yang bertemu tetapi airnya tidak bercampur.

Kejadian ini dapat disaksikan di Selat Gibraltar, yang menghubungkan antara laut Mediterranean dan Samudera Atlantic yang juga menjadi sempadan antara Sepanyol dan Morocco.

Boleh dilihat dengan jelas kedua duanya dipisahkan seperti ada satu garisan antara lautan yang luas terbentang itu. Satu bahagian berwarna dengan biru yang agak gelap dan satu lagi boleh dilihat dengan warna biru yang agak terang.

Fenomena yang pada mulanya dianggap hanyalah sebagai dari suntingan photoshop ini ternyata tidak. Ia adalah fenomena yang memang terjadi.

Fenomena yang serupa juga boleh dilihat Teluk Alaska, dimana glester sungai yang cair kemudian mengalir ke lautan. Air yang terdapat di lautan itu boleh dilihat terpisah dan terbahagi kepada dua bahagian.

Bagi umat islam ini adalah salah satu tanda kebesaran Allah SWT. Fenomena ini sebenarnya sudah diterangkan di dalam Al-Quran lebih kurang 1,400 tahun dahulu.

“Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas dan tidak dilampaui antara masing-masing” Surah Ar Rahman 19-20.

Ayat diatas adalah petikan dari Al Quran, Surah Ar Rahman. Jelas dalam surah diatas Allah telah menceritakan fenomena mengenai dua lautan yang tidak bercampur.

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan), yang ini tawar dan segar dan yang lain sangat masin dan pahit, dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang tidak menghalangi” Surah Al Furqan 53.

Ayat diatas juga membuktikan mengenai fenomena yang terdapat di Alaska mengenai air sungai dan laut tidak bercampur. Selain itu sebelum ini kita juga dikejutkan dengan penemuan sungai di bawah lautan.

Namun begitu setia apa yang berlaku itu juga terdapat penjelasan yang lebih mendalam dari pandangan sains.

Menurut para saintis fenomena ini terjadi akibat tiga faktor. Pertama akibat perbezaan suhu antara kedua lautan, kedua akibat perbezaan ketumpatan dan ketiga akibat perbezaan kadar garam.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: