‘Sempoi’ Menteri Besar Kedah Muat Naik Video Kukur Kelapa dalam Group Masakan Popular

Menteri Besar Kedah, Yang Berhormat Mohammad Sanusi Md Nor mencuri perhatian apabila beliau memuat naik video mengkukur kelapa secara tradisional.

Mohammad Sanusi memuat naik video tersebut di sebuah group masakan popular yang khas untuk para suami menunjukkan skil masakan masing-masing.

Video Menteri Besar mengkukur kelapa menggunakan pengkukur tradisional itu berjaya menarik perhatian ahli group masakan tersebut dan juga para netizen. Rata rata ahli group terhibur dan memberi komen yang positif dengan mengenepikan perbezaan politik masing-masing.

Selain Sanusi group tersebut juga turut disertai oleh Menteri Hal Ehwal Agama Islam yang baru dilantik iaitu Ustaz Haji Idris. Beliau yang juga Naib Presiden Pas juga dilihat kerap berkongsi resepi masakan di group tersebut.

Group masakan, Suami Masak Apa Hari Ini SMAHI adalah merupakan group masakan yang popular di kalangan kaum lelaki terutamanya para suami berkongsi kemahiran memasak.

Terbaru Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, yang juga Mantan Menteri Hal Ehwal Agama Islam iaitu Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri juga menyertai Group masakan yang mempunyai lebih 300 ribu ahli tersebut.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: