‘Mula Mula Kosong Lepas tu Ada Kawan Cakap Nak Bagus Campur Air Coke’ – Bahana Ketum

Minuman air ketum sangat popular di kalangan orang melayu, ia dikatakan boleh menjadi ubat untuk pelbagai jenis penyakit.

Namun begitu penyalahgunaan ketum banyak dikesan oleh muda mudi untuk keseronokan boleh menyebabkan berlaku pelbagai jenis implikasi kesihatan kepada peminumnya.

Ini yang diceritakan oleh seorang lelaki mengenai tabiat meminum air ketum kepada kawan beliau.

Menurut beliau, kawannya kini menderita apabila mengalami kerosakan buah pinggan, kerana kegagalan organ dalaman berfungsi disebabkan getah ketum.

Semua sel telah lumpuh, akibatnya dia tersadai dirumah umpama kain buruk. Setiap minggu terpaksa melakukan dialisis untuk mencuci darah, terpaksa menyusahkan keluarga kerana tidak ada duit.

“Aku jadi bingung, hati berdebar. Ya Allah apa yang telah aku buat. Dulu dia tak minum ketum, tapi aku yang ajak. Kononnya ketum boleh ubat kencing manis, nak bagi hilang sakit badan. Dia pun minum, hari hari lepak kedai mengetum” luah lelaki tersebut.

Menurut beliau lagi, pada awalnya mereka minum air ketum kosong. Tetapi kemudian mencampur ketum dengan air Coke atas nasihat kawan.

Selepas bertahun mengamalkan meminum air ketum, kawan beliau akhirnya mengadu sakit. Setelah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dia disahkan mengalami kegagalan buah pinggan yang kritikal.

Beliau yang menyesal, kini nekad untuk berhenti dari terus terjebak dengan minuman ketum.

Sebelum ini ada pihak yang mengesa agar Kerajaan mengeluarkan ketum daripada senarai barang terlarang dan membenarkan penanaman pokok ketum di Malaysia.

Namun dalam keadaan pokok ketum sukar didapati berlaku banyak sekali penyalahgunaan, bayangkan sekiranya pokok ketum boleh ditanam dan didapati dengan mudah.

Penagih minuman ketum ini majoriti adalah dari golongan muda berbangsa Melayu, kebanyakannya adalah terdiri daripada penduduk penduduk kampung.

Sekiranya aktiviti ini tidak dibendung, apa akan jadi pada muda mudi yang kita harapkan boleh menjadi tunjang kepada kekuatan agama, bangsa dan negara.

Selamat Menyambut Hari Merdeka

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber AADK Sandakan

Leave a Reply

%d bloggers like this: